Kenapa Tanjong Malim Jarang Keluar Berita???

Selama Aku baca paper@berita jarang betul Tanjong Malim keluar kat dlm berita. Aku kengkadang selalu baca tang Alor Setar le, Jitra le, KL le, tapi Tanjong Malim jarang betul masuk berita. Itupun kalau Tuanku Sultan Perak kita mencemar duli ke majlis kenamaan di UPSI. Lain xde cite. Jadi aku dengan rasa nak bagi orang luar tau dgn lebih mendalam ttg tempat tinggal aku ni jadi lebih baik aku buat inisiatif dengan buat Blog ntah hape hape ntah ni. Selamat melayari Blog ini.

Jumaat, 22 April 2011

Cerita Satu Malam Bahagian 2

Pada satu malam aku dan member-member rempit aku nak merempit di jalan Taman Bernam ke Behrang Stesen. Kami suka merempit kat situ pasal jalan dia cantik macam highway.




Dah puas kami merempit di sana, kami pun plan nak pegi merempit dari Behrang Stesen ke Tanjong Malim pulak. Tak puas lagi kami merempit pada malam tu, tu pasal sambung balik kerja merempit ni.


Masa kami lalu kat kawasan Behrang 2020 dekat-dekat dengan Petronas Behrang 2020 ada cahaya pelik sedang memancar kat tengah-tengah jalan.
Oleh kerana kami nampak dari jauh jadi kami pun rasa pelik apa benda tu?


Jadi kami pun pegilah dekat-dekat sikit pasal nak tahu jugak apa benda tu? Kami fikir mungkin hantu lilin kot tengah bermain kat tengah jalan tu.


Bila kami datang dekat sikit kami nampak ada satu bayangan seperti manusia sedang bermain dengan cahaya. Member aku kata lebih baik kalau kita tengok benda tu dengan lebih dekat lagi.


Dengan perasaan ingin tahu yang membuak-buak, kami pun pergi le dangan lebih dekat lagi. Nak tengok hantu punya pasal.


Tiba-tiba benda tu pun menegur,



"Woi,merempit ke tengah-tengah malam ni! Korang ada lesen ke haaa?"

Alamak roadblock polis rupanya!! Menyesal pulak kami termakan ajakan bodoh kawan kami. Last-last kami pun kena saman pasal takde lesen.

Moral- Merempit mendatangkan saman trafik. Lagi2 jika anda tiada lesen.


(Wek, padan muka!!!!!!!)

Adios amigos babeh!!

Khamis, 21 April 2011

Cerita Satu Malam

Aku ada satu cerita nak kongsi dengan korang semua.


Beberapa malam lepas aku sedang minum air di belakang tempat kerja aku. Masa aku perasan ada satu mamat ni usya aku dari jauh. Mamat tu usha aku dari dalam bangunan besar Telekom Tg Malim.


Aku fikir apasal mamat ni tengok aku semacam je ? Tak puas hati ngan aku yang tengah minum ke? Asyik-asyik tengok aku macam nak cari pasal je? Kalau terjadi macam tu kat korang tentu korang rasa tak puas hati kan?


Jadi aku pun pergi ke mamat tu nak tanya apasal ngan dia usha aku macam tak puas hati je? Masa aku jumpa dia aku pun tanyalah pada dia....


"Apa ko tengok tengok aku dari tadi? Aku ada hutang ngan ko ke haa??", aku tanyalah kat mamat tu.


"Takde....." jawab dia balik dengan spontan.


"Habis tu?" aku tanya dia balik....


"Aku cuma nak ajak ko makan ngan aku maklumlah bini ku masak nasi lebih." jawab dia pulak


"Oih kalau rezeki jangan ditolak, apa-apahal pun meh kita soru." 


Tanpa membuang masa kami pun melantak rezeki didepan mata tu sampai habis........


Moral - Korang ingat ini cerita hantu ke haa?? Nasib koranglah aku tak suruh korang baca pun.













(Sedap makan nasi wa cakap lu)

Sebelum makan baca doa dulu.

Sekian adios amigos babeh.....

Selasa, 19 April 2011

Beruk Di Malaysia

Assalamualaikum.


Korang sume pernah tengok beruk tak? Eh mestilah pernah bukan? Kalau bukan tengok dekat zoo, mesti tengok kat semak atau hutan-hutan berdekatan dengan rumah korang.


Sebenarnya makhluk yang bernama beruk atau monyet atau yang seangkatan dengannya memang banyak kat negara kita ni. Senang cerita sampai tak dapat nak bagi nama satu spesis beruk takde ekoe kat Sabah tu terus bagi nama orang utan le pulak.


Okeyle aku taknak buang masa lagi marilah kita tengok beberapa spesis beruk kat negara ni yang kita boleh kenali.






Monyet





(Cam bangsat je perangai)


Beruk



(Tengok boleh sikat tengah lagi)


Kera


(Aku pun x tau apa bezanya malaun berdua ni)


Ungka


(Rasa cam nak terajang je malaun ni)


Lotong


(Ingat dah hensem le senyum tu.)

Siamang


(Bleh dia duduk dengan selamba)


Orang Utan


(Nak kena tumbuk muka ke?)


Monyet Belanda


(Hidung bengkak lepas kena tumbuk)



Charles Darwin


(Malaun kafirun dah mampus)


Aku betul-betul tak faham le. Bagaimanakah orang Islam boleh terima bahawa nenek moyang manusia adalah beruk? Kadangkala bila kita bertanya kepada orang Islam yang bekerja sebagai naturalist atau ahli biologi, diorang pastiya lebih faham tentang kandungan buku ajaran sesat Charles Darwin yang bertajuk The Descent of Man, and Selection in Relation to Sex yang menerangkan tentang teori evolusi manusia daripada bentuk awal sebagai beruk dan transform menjadi manusia. (Cam cerita Dragonball pulak, orang Saiya transform jadi gorila tapi yang ni terbalik sikit). 


Namun begitu mereka sendiri tidak mahu membaca, apa lagi memahami isi kandungan Al Quran yang diwahyukan oleh Allah sendiri kepada Nabi Muhammad saw. Apabila orang kafirun memberi teori ajaran sesat tahap  Ayah Pin maka mereka terus menerima tanpa usul periksa. Tapi jika kita tunjukkan atau membawakan ayat Al Quran mereka terus mengatakan kita ni kolot, Al Quran  dah lama lah dan seribu satu alasan lagi untuk menolak Al Quran. Sedangkan banyak betul ayat Al Quran yang menerangkan tentang sains dan kehidupan sehingga banyak saintis Orientalis memeluk agama Islam setelah kagum dengan kebenaran ayat Al Quran yang berusia 1445 thn.

Mengikut fakta sains kaum kerabat monyet telah wujud sejak 65 juta tahun dahulu dan nenek moyang manusia yang dikatakan ada saudara dengan monyet itu hanya wujud sejak 200000 tahun lalu.

Persoalannya kenapa monyet yang mempunyai sejarah yang lebih lama dari manusia tidak berevolusi menjadi satu makhluk lain yang lebih hebat daripada manusia? Mengapa manusia yang hanya wujud sejak 200000 tahun lepas dapat membina ketamadunan yang hebat?Saya menggunakan fakta mereka sendiri di wikipedia, bukan main taram sahaja ye.

Jadi janganlah kita menjadi umat yang jumud yang hanya menerima sahaja segala apa yang disumbatkan di dalam kepala hotak kita dan tak dapat berfikir dengan penuh kewarasan. Kalau macam tu jadilah kita seperti lubang jamban, yang hanya menerima sahaja taik, berak, muntah, kencing dan sebagainya masuk terus ke dalamnya.
Dan jadilah kita semua generasi jumud tahap jamban bau puaka yang bau gampangnya terus semerbak sehingga ke beberapa generasi. Adakah kita nak anak cucu kita mengutuk, menyalahkan dan mengeji kita disebabkan kebodohan dan kebiolan kita sendiri? 

Marilah kita menjadi masyarakat yang bijak pandai yang sentiasa berfikiran kritis dan tidak mudah terpengaruh dengan idiologi sesat Barat alkafirun yang sentiasa nak menyesatkan Umat Islam dari dulu sehingga sekarang. Sama-samalah kita berdoa supaya Umat Islam Dapat bangkit kembali sebagai Umat yang dihormati dan disegani oleh bangsa-bangsa lain di dunia ini.

Sekian dahulu, Assalamualaikum....





(Segala yang baik adalah datang dariMu ya Allah segala yang buruk adalah atas kesilapan hambaMu yang jahil ini)

Sabtu, 16 April 2011

Melayu Memang Unik




Assalamualaikum.
Ini merupakan artikal kedua yang ditulis oleh saya dalam blog ini. Bacalah dengan hati yang terbuka dan penuh rasa bangga dalam jiwa Melayu kita....

Anda semua lihat jejaka Melayu diatas ini. Dalam fikiran anda mestilah terfikir bahawa member ni segak betul dia berpakaian Melayu penuh. Memang layak untuk menjadi Lelaki Melayu Terakhir.

Kenapa saya letakkan gambar lelaki Melayu memakai baju Melayu penuh siap dengan samping dan tanjaknya sekali? Mengapa saya tak bubuh sahaja gambar seorang lelaki Melayu memakai baju tuxedo hitam penuh baru nampak macam ahli korperat yang berjaya??? Macam lelaki kat bawah ni??




Bila kita lihat lelaki di atas ni kita dah tahu yang aura Melayu dia dah hilang dan digantikan dengan aura Mat Salleh. Tak percaya cakap aku? Cuba ingat berdasarkan pengalaman korang, bila korang atau member korang pakai baju camni apa yang akan korang kate? Mesti  korang akan sebut Mat Salleh celuplah, perasan hensemle dan macam-macam lagi le yang korang mungkin sebut bila terjumpa ngan spesis-spesis macam ni.....

Berbanding dengan gambar abang Melayu kita tu, kita akan merasa kagum dengan aura yang ada pada abang Melayu kita tadi. Bila kita lihat abang kita ni pakai macam ni kita mesti kata dalam hati "peh memang stylo le abang kita sorang ni. Memang Melayu tulen". Tak pun bila berjumpa dengan bakal mak atau bapak mentua pasti mereka kagum sambil berkata dalam hati "mengapalah aku dah tua? Patutnya aku yang kena kahwin dengan dia ni!!!" Lawak je no.

Sejarah pakaian kita (yakni Baju Melayu) boleh kita lihat semenjak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Malah boleh dikatakan sebelum tertubuhnya Kerajaan Melayu Melaka yakni sejak zaman Kerajaan Melayu Sriwijaya. Tetapi nama baju Melayu ini mula timbul semasa tempoh pemerintahan Sultan Muhammad Shah (1424-1444) apabila baginda menitahkan bahawa "dilarang memakai cara 'atas angin' (Tanah Arab dan China), cara Keling (ini bukan perkauman hanya sekadar memakai bahasa pada masa 1424 masehi.) Kenapa baginda sultan tidak membenarkan rakyatnya memakai   cara Arab sedangkan baginda sendiri seorang Melayu beragama Islam dan seharusnya baginda perlu memakai cara Arab? Ini disebabkan bangsa kita bukan bangsa inferior (lemah, lembik,kuno) sebaliknya bangsa Melayu merupakan bangsa yang unggul, cukup dihormati, disegani dan ditakuti oleh bangsa lain pada masa itu. Bangsa Melayu itu sendiri telah mempunyai ketamadunannya sendiri sehingga mampu mereka pakaian tradisional kaumnya sendiri tanpa perlu menciplak dari bangsa bangsa lain.

Tak percaya apa yang saya tulis?? Baiklah kita lihat beberapa kaum pribumi di negara lain atau yang ada di Malaysia ini.














Jika betul kita tidak mempunyai kemajuan pemikiran dan evolusi kreativiti bagaimana kita boleh mencipta pakaian seperti ini ??







Atau ini???






Kebanyakan bangsa lain terpaksa mengimport atau menciplak pakaian bangsa lain supaya nampak lebih bertamadun. Tetapi kita bangsa Melayu tidak perlu menciplak dari bangsa asing (contohnya Cina, Arab dan India) dalam pembuatan baju kita sendiri. Malahan pakaian tradisional Melayu memang tidak dipengaruhi oleh pengaruh asing. Ada kita pernah tengok bangsa Cina India atau Arab pakai samping tengkolok atau baju Melayu pada masa dulu? Kalau ada mesti diorang dah claim yang kita ni bangsa pendatang yang berasal dari China atau India. 

Akhir kalam, saya berharap semoga pembaca-pembaca Melayu yang membaca catatan ini supaya berbanggalah dengan bangsa kita. Ini disebabkan kita bukan bangsa yang lemah atau bodoh. Kita adalah bangsa yang ada kebudayaan dan ketamadunan sendiri. Tanpanya mungkin kita akan jadi seperti ini.....






Atau ini.......







Okey aku nak mandi dulu pasal aku tak nak jadi cam diorang ni okey. Adios Amigos Babeh!!!!




Jumaat, 15 April 2011

Mahu Tahu Rahsia Batman

Anda tahu pasal Batman? Sape yang x tau? Satu dunia dah tahu sape Batman ni.. Budak kecik umur 3 tahun pun tahu sape Batman ni? "Alah orang pakai topeng hitam yang suka pukul orang jahat tu" jawab seorang budak ketika aku tanye pada dia soalan tahap SPM ni....


Bila kita tonton filem Batman (rasanya ade dalam 6 filem Batman le aku pernah tengok) baru kita tahu rupa-rupanya Batman ni namanya Bruce Wayne. Mamat ni seorang yang kaya raya di dalam bandar Gotham City setelah mewarisi harta pusaka mak bapaknye yang telah kojol dibunuh dek orang jahat....






Dan bila kita tonton lagi filem Batman ni kita akan dapati yang Batman ni suka sungguh naik Batmobile (aku pun rasa nak pakai le satu boleh gak belagak kat tempat keje aku). Punye le dahsyat kete Batmobile tu sampai boleh tahan peluru le macam kereta kebal....






Berbalik kepada topik asal setelah sekian lame aku merepek meroyan x tentu hala (sukati aku le aku punye blog korang layan je le) sebenarnya aku ada pendedahan EKSLUSIF!!! Diulangi lagi sekali, EKSLUSIF!!!!!


Batman ada beberapa rahsia yang hanya orang2 tertentu sahaja tahu tentangnya (termasukle aku). Korang nak tau ape dia???









JENG JENG JENG!!!!!



Batman kaya sebab dia x buat MLM.....Dia memang kaya semulajadi dan ada bisnes besak jadi buat apa dia join MLM @ skim Piramid wadehell????? Ramai lingkup pasal MLM @ Skim Piramid tapi apa yang jadi????? Ramai juga yang masih terpengaruh dengan janji janji manis bak gula gula hacks hitam dan akhirnya dapat apa??Ubat ntah hape hape ntah, susu kambing ntah hape hape ntah dan ntah hape hape ntah lagi yang malas betul aku nak sebut kat sini......Jadi apa yang aku nak sebut ialah jangan le terpengaruh ngan MLM. Kalo nak tahu lebih lanjut layari blog AIDIDLEAKS.. Disitu banyak cite pasal MLM OR WHATSOEVER LE...  

                                                                 




Rahsia terakhir Batman yang aku pegang sejak azali lagi dan jarang betul orang ramai tahu pasal ni ialah.......


Batman ni asalnya dari KAMPUNG KELAWAR, TG MALIM PERAK!!!!   Tak Caye ke haaa??? Betul sesungguh-sungguhnye...... Tak caye tanye le kat org Kg Kelawar .....Pasal Batman ni adalah sejenis spesis kelawar yang hanya ada di Kg Kelawar... Oleh kerana selalu dibuli dek member sespesis dia, jadi Batman dengan rasa malu dan rendah dirinya terus memblahkan dirinya ke USA ...... tak sangka betul Batman dapat jadi Superhero di USA. Tak sia-sia le dia tinggalkan Kg Kelawar...

Kalo korang nak tahu Kg Kelawar ni dia gambar aku tunjukkan..... Selamat menonton.....




Jadi bagi sesapa nak percaya cerita EKSLUSIF aku ni dipersilakan percaya dan pada yang tak nak percaya aku tak kisah pun janji aku seronok dan puas hati.. Ada aku kisah!!!



PERINGATAN!!!! JIKA ANDA PERCAYA DAN ORANG KATA ANDA ORANG GILA MAKA ITU ADALAH ATAS RISIKO ANDA SENDIRI KERANA SAYA TAK SURUH ATAU PAKSA ANDA BACA BENDA MERAPU INI. SEGALA RISIKO YANG AKAN TERJADI ADALAH TANGGUNGJAWAB ANDA... KALAU TAK PUAS HATI BACA PERINGATAN NI 10 KALI LAGI KALAU TAK FAHAM!!!! ADIOS AMIGOS BABEH!!!!