Kenapa Tanjong Malim Jarang Keluar Berita???

Selama Aku baca paper@berita jarang betul Tanjong Malim keluar kat dlm berita. Aku kengkadang selalu baca tang Alor Setar le, Jitra le, KL le, tapi Tanjong Malim jarang betul masuk berita. Itupun kalau Tuanku Sultan Perak kita mencemar duli ke majlis kenamaan di UPSI. Lain xde cite. Jadi aku dengan rasa nak bagi orang luar tau dgn lebih mendalam ttg tempat tinggal aku ni jadi lebih baik aku buat inisiatif dengan buat Blog ntah hape hape ntah ni. Selamat melayari Blog ini.

Khamis, 28 April 2011

Siapa Blogger Tanjong Malim Mari ni???

Oleh Edisi Siasat Versi Tanjong Malim.



Assalamualaikum.

Sebenarnya ramai orang Tanjong Malim tertanya-tanya siapakah blogger laman blog ini?? Mungkin beliau seorang manusia seperti kita atau mungkinkah beliau adalah seorang manusia yang amat misteri sehinggakan kita sendiri tidak menyedari siapakah beliau yang sebenarnya.

Mungkin beliau adalah seorang makhluk asing dari planet Zuhal yang menyamar menjadi penduduk Tanjong Malim yang suka menulis cerita yang merapu untuk membolehkan rakyat Malaysia yang membaca blog ini akan menjadi lalai dan seterusnya mudahlah Tentera Planet Zuhal menakluki Planet Bumi ini....

Jadi untuk memulakan penyiasatan, kami mulakan dengan pengunjung yang suka membaca blog ini. Kami telah pergi ke Zoo Negara untuk menemubual pengunjung setia laman blog ini. 


(Pengunjung setia blog ini Encik Baboon)

Soalan- Siapakah nama encik ni?

Jawapan- Nama saya Encik Baboon.

Soalan- Benar ke encik ni pengunjung setia blog ni?

Jawapan- Benar malah saya sendiri pernah jumpa dengan beliau.

Soalan- Siapa penulis blog ni?

Jawapan- Sebenarnya sayalah yang buat blog tu.

Selepas itu kelihatanlah Encik Baboon cedera parah disebabkan kena belasah oleh tukang interview tadi. Main-main le ngan aku lagi!!!

Kemudian kami pergi ke rumah seseorang ni. 



(Nama dia Encik Miao-Miao)

Soalan- Bilakah encik mula membaca blog ini ?

Jawapan- Saya mula membaca blog ini kira-kira seminggu lepas.

Soalan- Apakah pandangan encik mengenai blog ini ?

Jawapan- Bagi saya blog ni adalah blog yang paling bahalol sekali di Malaysia.

Kemudian tidak berapa lama kemudian kelihatan Encik Miao-Miao sudah sedia ada di dalam longkang rumahnya dalam keadaan cedera parah....

Setelah wartawan kami puas membelasah Encik Miao-Miao kami pergi ke rumah informer terakhir kami untuk mengorek rahsia siapakah penulis blog jahanam tanjongmalimmari tu.

Jadi kami pun berjumpa dengan informer terakhir kami. Nama dia Cik Muka Beruk.




Soalan- Adakah cik merupakan peminat tegar blog ini ?

Jawapan- Ya saya suka mengikuti perkembangan blog ini tiap-tiap hari.

Soalan- Adakah cik kenal dengan penulis blog itu ? 

Jawapan- Ya, saya kenal penulis blog itu. Memang betul-betul kenal le.

Soalan- Bolehkah cik beritahu siapakah peulis blog itu ? 

Jawapan- Boleh saja. Dia adalah Ultraman Taro yang berasal dari Planet Mars.

Selepas itu kelihatan Cik Muka Beruk tertonggeng kerana terkena sepakan lutut maut ala Ong Bak di bahagian mukanya dan khabarnya dia perlu menjalani pembedahan plastik yang amat serius.

Semasa kami sampai ke pejabat rahsi kami, kami dapati ada sampul surat bertulis top secret di sampulnya. 




Jadi kami pun bukalah sampul surat tersebut dan kami dapati ada gambar yang dikatakan gambar sebenar penulis blog ini. Jadi kami tunjukkan gambar ekslusif penulis blog ini.....



(Eh korang tak percaya ke haaa???)

Sekian pendedahan ekslusif dari Edisi Siasat Versi Tanjong Malim. Selamat kena bohong!!!!

Rabu, 27 April 2011

F U C K TO ULTRA KIASU!!!!!!

Assalamualaikum.

Sebenarnya aku takde mood nak tulis Cerita Satu Malam hari ni. Aku rasa nak tulis benda lain le pulak.

Sebenarnya beberapa hari lalu aku bukak Facebook aku. Lepas tu aku tengok le video yang telah di download dek member aku. Jadi aku tonton le filem pendek 15 Malaysia, Healthy Paranoia. Sebenarnya aku tak berminat pun nak tonton filem pendek ni tpi aku mula tertarik ngan jalan ceritanya.

Sinopsisnya adalah dua orang remaja Melayu pergi ke pejabat Menteri Kesihatan Malaysia, Datok Seri Liow Tiong Lai. Kononnya mereka ada formula untuk membasmi gejala rokok yang sedang serius dinegara kita di samping buruknya minuman arak dan cara membasmi H1N1 di negara kita dengan mengharamkan babi.

Mari kita tonton video ini.







Mungkin kalau kita tonton macam biasa kita akan rasa kagum kerana berani betul mereka jumpa Menteri Kesihatan untuk beri penerangan cara kempen yang berkesan dalam mempromosikan gaya hidup yang sihat. Tidak lupa juga mungkin ada yang kata cadangan mereka dalam kempen anti merokok dan arak memang bernas dan pintar.

Bagi saya ini semua BULLSHIT!!!!!!!!!! Saya ulang sekali lagi BULLSHIT!!!!!!!!!! Kenapa? Kita tengok sendiri bagaimana lahabaunya budak Melayu tu buat presentation dengan cara paling badut dan palat sekali. Saya tahu yang mereka buat ni ikut skrip yang di berikan oleh producer CINA mereka. Namun begitu di manakah kebanggaan mereka sebagai seorang MELAYU?!! Mengapa mereka sanggup membiarkan diri mereka dipergunakan untuk agenda tersembunyi mereka?!!

Sudah cukup dengan Namewee, Lim Guan Eng dan Nga Kor Meng tambah pula dengan 15 Malaysia pula?? Apa problem mereka dengan Melayu haah?!!! Ingat orang Melayu senyap disabarkan dek pemimpin Melayu yang pengecut, ULTRA KIASU boleh naik tocang le!!!!

Cukup-cukup le jangan lebih-lebih dan cuba mencabar maruah dan kehormatan BANGSA MELAYU. Kalau rasa tak puas hati dengan BANGSA MELAYU, PERGI BALIK CHINA LA!!! Kalau tak pun balik ke HONGKONG. Dekat sana ULTRA KIASU TAK PAYAH TENGOK MUKA MELAYU LAGI. BOLEH BERAMBUS LE KORANG DARI MALAYSIA!!!!

Sebagai pengakhiran maki-makian ini, gambar-gambar yang saya persembahkan ini saya nak  forwardkan kepada ULTRA KIASU SERTA BARUA-BARUANYA. Selamat menikmati keindahan gambar ini.




 

(GAMBAR-GAMBAR INI KHAS DITUJUKAN KEPADA SEMUA ULTRA KIASU DAN BARUA-BARUANYA)

Sekian terima kasih kerana membaca. Membaca amalan mulia (kecuali membaca buku-buku tak bermoral dan lucah.)

Isnin, 25 April 2011

Cerita Satu Malam Bahagian 6

Assalamualaikum.

Nama aku Leha (bukan nama sebenar). Aku adalah pelajar SMK Khir Johari Tanjong Malim Perak Darul Ridzuan. Sekarang aku tinggal di asrama kerana peperiksaan STPM sudah bermula di samping aku dapat belajar dengan lebih tenang disebabkan rumah aku ada ramai orang (adik-beradik aku ada 5 orang).




Sebenarnya aku nak ceritakan pengalaman aku beberapa malam lepas. Malam tu aku baru je terbangun dari tidur. Aku pula terasa nak pegi tandas le pulak. Jadi aku pun pergi le ke tandas untuk menunaikan hajat aku.

Semasa aku dalam perjalanan ke tandas, aku terpandang ke luar tingkap. Pada mulanya nampak macam biasa je. Tetiba aku ternampak satu lembaga putih sedang terbang betul-betul di luar tingkap yang sedang aku berdiri tu.



Apa lagi aku pun terasa cuak le!!! Aku terasa aku macam nak pengsan tapi aku berpegang kepada besi tingkap supaya aku tidak pengsan.

Aku pun cuba beranikan diri untuk melihat lembaga putih tersebut. Aku merasa pelik kerana lembaga tersebut hanya terbang sahaja di luar tingkap itu. Jadi aku pun beranikan diri melihat lembaga tersebut.

Bila aku amati betul-betul lembaga tersebut rupanya barulah aku tahu apa yang aku sedang lihat tu. Sebenarnya apa yang aku lihat hanyalah kain langsir tingkap putih sahaja yang berkibar di luar tingkap. Hey menyesal je aku cuak lebih-lebih!!!!





Moral-Leha jangan le takut ngan kain putih tu. Tu cuma kain je.......


Ahad, 24 April 2011

Cerita Satu Malam Bahagian 5

Assalamualaikum. Nama aku Fadil Rasid (bukan nama sebenar). Aku bekerja sebagai pemandu teksi di Pekan Tanjong Malim. Biasanya aku hanya memandu pada waktu malam sahaja disebabkan perkhidmatan bas di Tanjong Malim hanya beroperasi sehingga jam 7.00 malam sahaja. Kebiasaannya aku mendapat ramai penumpang pada waktu malam terutamanya para pelajar UPSI yang masih tidak mempunyai kenderaan sendiri.




Rumah aku kat Jalan Ketoyong dekat-dekat dengan Tanah Perkuburan Islam Tanjong Malim. Walaupun rumah aku berdekatan ngan kubur tapi tak pulak aku jumpa makhluk halus kat sana.




Namun begitu baru-baru ni aku terdengar ada orang ternampak jelmaan lembaga putih di rumah jiran aku Mat Hashim bersebelahan dengan kawasan perkuburan tersebut. Aku ni jenis tak mudah percaya dengan benda mengarut ni jadi benda ni aku buat tak kisah je le.

Pada satu malam lebih kurang jam 10.30 malam aku terfikir nak balik awal sebab kepala aku tak berapa sihat. Jadi aku pun memandu terus ke rumah le.

Masa aku lalu dekat rumah Mat Hashim ni aku terperasan satu lembaga putih sedang duduk di pangkin rumahnya tetapi dia duduk membelakangkan jalan. Aku pun terasa cuak jugak namun begitu aku pun nak tahu apa bendenya tu.




Aku pun terus memberhentikan kereta dan pergi ke arah lembaga tersebut. Masa aku datang ke arah lembaga tersebut, lembaga itu berdiri dan terus berkata pada aku......

"Eh Fadil apasal ko datang rumah aku malam-malam buta ni? Kenapa kau tak balik terus ke rumah je?"

He'eleh bini si Mat Hashim pakai telekong rupanya!! Buat menyesal aku je keluar dari kereta nak tengok hantu. Cis cis cis!!!!





Moral- Kita kenalah tahu bezakan antara manusia dan hantu.










Sabtu, 23 April 2011

Cerita Satu Malam Bahagian 4

Assalamualaikum.


Sebenarnya saya cuba untuk menulis perkara yang serius di dalam blog ini. Tetapi bagi saya dalam negara ni ada terlalu banyak blog yang membincangkan perkara yang serius seperti politik, agama, kaum dan perkara-perkara lain yang saya rasa agak serius. Jadi lebih baik saya buat bahan bacaan ringan supaya para pembaca tidak terlalu berfikir banyak tentang sesuatu isu dan pada masa yang sama mereka berasa gembira setelah membaca penulisan ini. Akhir kata sokonglah blog ini.


Mari kita sambung cerita kita.








Raju (bukan nama sebenar) merupakan seorang pemandu teksi di pekan Tanjong Malim. Biasanya dia mengambil penumpang di Stesen Bas Tanjong Malim kerana ramai student UPSI suka naik teksi bila diorang nak balik kampus atau pergi ke pekan Tanjong Malim.




Raju ni tinggal di pekan Kalumpang terletak kira-kira 13 kilometer dari Tanjong Malim. Jadi setiap harilah dia berulang alik ke Tanjong Malim membawa teksi untuk menyara hidup keluarganya.

Pada satu malam dia terpaksa balik lewat kerana pergi lepak bersama dengan rakan sekerjanya. Setelah puas melepak dengan kawannya dia pun balik le ke rumah. Sepanjang dia memandu keretanya, dia merasakan yang dia telah tersesat jalan.

Mana tidaknya jalan ke Kalumpang kebiasaannya tidak banyak lampu tetapi sepanjang dia memandu keretanya jalan yang dilaluinya terang dengan limpahan cahaya tiang lampu elektrik.

Dan yang paling pelik adalah jalan yang dilaluinya terlalu sibuk dengan kenderaan tidak kira lori, motor, kereta dan treler sedangkan pada kebiasaannya jalan ke Kalumpang biasanya lengang pada waktu malam.


Pada mulanya dia berfikir yang mungkin dia telah tiba di alam bunian Kalumpang yang dikatakan hanya memilih orang-orang yang tertentu sahaja yang dapat memasuki alam bunian tersebut. Namun begitu harapannya musnah apabila melihat sekumpulan orang yang memakai baju putih sedang mengawasi  lebuhraya tersebut.


 


Bila dia fikir betul-betul barulah dia sedar yang dia telah masuk ke Lebuhraya Utara Selatan dan yang paling teruk lagi dia sebenarnya memandu dalam keadaan mabuk setelah dia melepak sambil minum dengan kawan sekerjanya. Apalagi lesen kena gantungle dey!!!

Moral-Jangan minum arak semasa atau sebelum memandu. Lagi-lagi kepada Orang Islam, ARAK HARAM DI SISI ISLAM!!!!!!!!!!!




Cerita Satu Malam Bahagian 3

Nama aku Kamil Afendi(bukan nama sebenar). Aku adalah pemandu teksi di pekan Tanjong Malim. Aku nak ceritakan pengalaman aku beberapa hari lepas.

Masa tu pukul 1.00 pagi. Aku pulak baru je hantar sorang pelajar UPSI balik ke rumah sewa. Jadi aku pun nak balik rumah le. Malas le aku balik lambat nanti bini aku bising nanti....



Tengah-tengah aku jalan nak balik ke rumah, tiba-tiba aku kena tahan dengan seorang gadis Melayu di kawasan Kampung Berop berdekatan dengan Petronas Tanjong Malim. Cantik jugak awek ni bisik hati aku.

"Nak ke mana dik?", soal aku.

"Nak balik ke Taman Bernam.",jawabnya pula.

"Kebetulan rumah saya kat Taman Slim. Jadi boleh le saya hantarkan ke rumah awak. Naik le dik.",pelawaaku kepadanya.

Masa dia masuk ke dalam  teksi aku tu, aku terbau le bau badan dia. Puuuuhhh wangi gile. Tergoda jugak aku ni. Eh tak boleh, hero tak boleh lentok ngan benda mudah cam ni.


Sepanjang aku bawak awek tu dia diam je sepanjang masa. Aku pun bukannya jenis nak sembang ngan penumpang jadi aku anggap benda tu normal le.


(Gambar hiasan sahaja, tiada kena-mengena dengan cerita ini.)

Tiba-tiba aku tengok muka awek tu pucat semacam. Kemudian aku perasan bau wangian tadi telah lenyap dan digantikan dengan bau yang amat busuk. Aku pun naik seram jugak mengalami bende-bende pelik camni.

Dengan penuh beraninya aku berkata kepada awek tu....

"Lain kali sebelum kentut tu lebih baik awak buka tingkap tu dulu. Dah le teksi ni ber'aircond' lagi le bau tu jadi semerbak. Bau cam bangkai tau tak!! Takde sivik langsung!!!",aku marah padanya.

Moral Cerita- Jangan kentut dalam teksi nanti kena marah....





Jumaat, 22 April 2011

Cerita Satu Malam Bahagian 2

Pada satu malam aku dan member-member rempit aku nak merempit di jalan Taman Bernam ke Behrang Stesen. Kami suka merempit kat situ pasal jalan dia cantik macam highway.




Dah puas kami merempit di sana, kami pun plan nak pegi merempit dari Behrang Stesen ke Tanjong Malim pulak. Tak puas lagi kami merempit pada malam tu, tu pasal sambung balik kerja merempit ni.


Masa kami lalu kat kawasan Behrang 2020 dekat-dekat dengan Petronas Behrang 2020 ada cahaya pelik sedang memancar kat tengah-tengah jalan.
Oleh kerana kami nampak dari jauh jadi kami pun rasa pelik apa benda tu?


Jadi kami pun pegilah dekat-dekat sikit pasal nak tahu jugak apa benda tu? Kami fikir mungkin hantu lilin kot tengah bermain kat tengah jalan tu.


Bila kami datang dekat sikit kami nampak ada satu bayangan seperti manusia sedang bermain dengan cahaya. Member aku kata lebih baik kalau kita tengok benda tu dengan lebih dekat lagi.


Dengan perasaan ingin tahu yang membuak-buak, kami pun pergi le dangan lebih dekat lagi. Nak tengok hantu punya pasal.


Tiba-tiba benda tu pun menegur,



"Woi,merempit ke tengah-tengah malam ni! Korang ada lesen ke haaa?"

Alamak roadblock polis rupanya!! Menyesal pulak kami termakan ajakan bodoh kawan kami. Last-last kami pun kena saman pasal takde lesen.

Moral- Merempit mendatangkan saman trafik. Lagi2 jika anda tiada lesen.


(Wek, padan muka!!!!!!!)

Adios amigos babeh!!

Khamis, 21 April 2011

Cerita Satu Malam

Aku ada satu cerita nak kongsi dengan korang semua.


Beberapa malam lepas aku sedang minum air di belakang tempat kerja aku. Masa aku perasan ada satu mamat ni usya aku dari jauh. Mamat tu usha aku dari dalam bangunan besar Telekom Tg Malim.


Aku fikir apasal mamat ni tengok aku semacam je ? Tak puas hati ngan aku yang tengah minum ke? Asyik-asyik tengok aku macam nak cari pasal je? Kalau terjadi macam tu kat korang tentu korang rasa tak puas hati kan?


Jadi aku pun pergi ke mamat tu nak tanya apasal ngan dia usha aku macam tak puas hati je? Masa aku jumpa dia aku pun tanyalah pada dia....


"Apa ko tengok tengok aku dari tadi? Aku ada hutang ngan ko ke haa??", aku tanyalah kat mamat tu.


"Takde....." jawab dia balik dengan spontan.


"Habis tu?" aku tanya dia balik....


"Aku cuma nak ajak ko makan ngan aku maklumlah bini ku masak nasi lebih." jawab dia pulak


"Oih kalau rezeki jangan ditolak, apa-apahal pun meh kita soru." 


Tanpa membuang masa kami pun melantak rezeki didepan mata tu sampai habis........


Moral - Korang ingat ini cerita hantu ke haa?? Nasib koranglah aku tak suruh korang baca pun.













(Sedap makan nasi wa cakap lu)

Sebelum makan baca doa dulu.

Sekian adios amigos babeh.....

Selasa, 19 April 2011

Beruk Di Malaysia

Assalamualaikum.


Korang sume pernah tengok beruk tak? Eh mestilah pernah bukan? Kalau bukan tengok dekat zoo, mesti tengok kat semak atau hutan-hutan berdekatan dengan rumah korang.


Sebenarnya makhluk yang bernama beruk atau monyet atau yang seangkatan dengannya memang banyak kat negara kita ni. Senang cerita sampai tak dapat nak bagi nama satu spesis beruk takde ekoe kat Sabah tu terus bagi nama orang utan le pulak.


Okeyle aku taknak buang masa lagi marilah kita tengok beberapa spesis beruk kat negara ni yang kita boleh kenali.






Monyet





(Cam bangsat je perangai)


Beruk



(Tengok boleh sikat tengah lagi)


Kera


(Aku pun x tau apa bezanya malaun berdua ni)


Ungka


(Rasa cam nak terajang je malaun ni)


Lotong


(Ingat dah hensem le senyum tu.)

Siamang


(Bleh dia duduk dengan selamba)


Orang Utan


(Nak kena tumbuk muka ke?)


Monyet Belanda


(Hidung bengkak lepas kena tumbuk)



Charles Darwin


(Malaun kafirun dah mampus)


Aku betul-betul tak faham le. Bagaimanakah orang Islam boleh terima bahawa nenek moyang manusia adalah beruk? Kadangkala bila kita bertanya kepada orang Islam yang bekerja sebagai naturalist atau ahli biologi, diorang pastiya lebih faham tentang kandungan buku ajaran sesat Charles Darwin yang bertajuk The Descent of Man, and Selection in Relation to Sex yang menerangkan tentang teori evolusi manusia daripada bentuk awal sebagai beruk dan transform menjadi manusia. (Cam cerita Dragonball pulak, orang Saiya transform jadi gorila tapi yang ni terbalik sikit). 


Namun begitu mereka sendiri tidak mahu membaca, apa lagi memahami isi kandungan Al Quran yang diwahyukan oleh Allah sendiri kepada Nabi Muhammad saw. Apabila orang kafirun memberi teori ajaran sesat tahap  Ayah Pin maka mereka terus menerima tanpa usul periksa. Tapi jika kita tunjukkan atau membawakan ayat Al Quran mereka terus mengatakan kita ni kolot, Al Quran  dah lama lah dan seribu satu alasan lagi untuk menolak Al Quran. Sedangkan banyak betul ayat Al Quran yang menerangkan tentang sains dan kehidupan sehingga banyak saintis Orientalis memeluk agama Islam setelah kagum dengan kebenaran ayat Al Quran yang berusia 1445 thn.

Mengikut fakta sains kaum kerabat monyet telah wujud sejak 65 juta tahun dahulu dan nenek moyang manusia yang dikatakan ada saudara dengan monyet itu hanya wujud sejak 200000 tahun lalu.

Persoalannya kenapa monyet yang mempunyai sejarah yang lebih lama dari manusia tidak berevolusi menjadi satu makhluk lain yang lebih hebat daripada manusia? Mengapa manusia yang hanya wujud sejak 200000 tahun lepas dapat membina ketamadunan yang hebat?Saya menggunakan fakta mereka sendiri di wikipedia, bukan main taram sahaja ye.

Jadi janganlah kita menjadi umat yang jumud yang hanya menerima sahaja segala apa yang disumbatkan di dalam kepala hotak kita dan tak dapat berfikir dengan penuh kewarasan. Kalau macam tu jadilah kita seperti lubang jamban, yang hanya menerima sahaja taik, berak, muntah, kencing dan sebagainya masuk terus ke dalamnya.
Dan jadilah kita semua generasi jumud tahap jamban bau puaka yang bau gampangnya terus semerbak sehingga ke beberapa generasi. Adakah kita nak anak cucu kita mengutuk, menyalahkan dan mengeji kita disebabkan kebodohan dan kebiolan kita sendiri? 

Marilah kita menjadi masyarakat yang bijak pandai yang sentiasa berfikiran kritis dan tidak mudah terpengaruh dengan idiologi sesat Barat alkafirun yang sentiasa nak menyesatkan Umat Islam dari dulu sehingga sekarang. Sama-samalah kita berdoa supaya Umat Islam Dapat bangkit kembali sebagai Umat yang dihormati dan disegani oleh bangsa-bangsa lain di dunia ini.

Sekian dahulu, Assalamualaikum....





(Segala yang baik adalah datang dariMu ya Allah segala yang buruk adalah atas kesilapan hambaMu yang jahil ini)