Kenapa Tanjong Malim Jarang Keluar Berita???

Selama Aku baca paper@berita jarang betul Tanjong Malim keluar kat dlm berita. Aku kengkadang selalu baca tang Alor Setar le, Jitra le, KL le, tapi Tanjong Malim jarang betul masuk berita. Itupun kalau Tuanku Sultan Perak kita mencemar duli ke majlis kenamaan di UPSI. Lain xde cite. Jadi aku dengan rasa nak bagi orang luar tau dgn lebih mendalam ttg tempat tinggal aku ni jadi lebih baik aku buat inisiatif dengan buat Blog ntah hape hape ntah ni. Selamat melayari Blog ini.

Sabtu, 23 April 2011

Cerita Satu Malam Bahagian 3

Nama aku Kamil Afendi(bukan nama sebenar). Aku adalah pemandu teksi di pekan Tanjong Malim. Aku nak ceritakan pengalaman aku beberapa hari lepas.

Masa tu pukul 1.00 pagi. Aku pulak baru je hantar sorang pelajar UPSI balik ke rumah sewa. Jadi aku pun nak balik rumah le. Malas le aku balik lambat nanti bini aku bising nanti....



Tengah-tengah aku jalan nak balik ke rumah, tiba-tiba aku kena tahan dengan seorang gadis Melayu di kawasan Kampung Berop berdekatan dengan Petronas Tanjong Malim. Cantik jugak awek ni bisik hati aku.

"Nak ke mana dik?", soal aku.

"Nak balik ke Taman Bernam.",jawabnya pula.

"Kebetulan rumah saya kat Taman Slim. Jadi boleh le saya hantarkan ke rumah awak. Naik le dik.",pelawaaku kepadanya.

Masa dia masuk ke dalam  teksi aku tu, aku terbau le bau badan dia. Puuuuhhh wangi gile. Tergoda jugak aku ni. Eh tak boleh, hero tak boleh lentok ngan benda mudah cam ni.


Sepanjang aku bawak awek tu dia diam je sepanjang masa. Aku pun bukannya jenis nak sembang ngan penumpang jadi aku anggap benda tu normal le.


(Gambar hiasan sahaja, tiada kena-mengena dengan cerita ini.)

Tiba-tiba aku tengok muka awek tu pucat semacam. Kemudian aku perasan bau wangian tadi telah lenyap dan digantikan dengan bau yang amat busuk. Aku pun naik seram jugak mengalami bende-bende pelik camni.

Dengan penuh beraninya aku berkata kepada awek tu....

"Lain kali sebelum kentut tu lebih baik awak buka tingkap tu dulu. Dah le teksi ni ber'aircond' lagi le bau tu jadi semerbak. Bau cam bangkai tau tak!! Takde sivik langsung!!!",aku marah padanya.

Moral Cerita- Jangan kentut dalam teksi nanti kena marah....





Tiada ulasan:

Catat Ulasan