Kenapa Tanjong Malim Jarang Keluar Berita???

Selama Aku baca paper@berita jarang betul Tanjong Malim keluar kat dlm berita. Aku kengkadang selalu baca tang Alor Setar le, Jitra le, KL le, tapi Tanjong Malim jarang betul masuk berita. Itupun kalau Tuanku Sultan Perak kita mencemar duli ke majlis kenamaan di UPSI. Lain xde cite. Jadi aku dengan rasa nak bagi orang luar tau dgn lebih mendalam ttg tempat tinggal aku ni jadi lebih baik aku buat inisiatif dengan buat Blog ntah hape hape ntah ni. Selamat melayari Blog ini.

Sabtu, 16 April 2011

Melayu Memang Unik




Assalamualaikum.
Ini merupakan artikal kedua yang ditulis oleh saya dalam blog ini. Bacalah dengan hati yang terbuka dan penuh rasa bangga dalam jiwa Melayu kita....

Anda semua lihat jejaka Melayu diatas ini. Dalam fikiran anda mestilah terfikir bahawa member ni segak betul dia berpakaian Melayu penuh. Memang layak untuk menjadi Lelaki Melayu Terakhir.

Kenapa saya letakkan gambar lelaki Melayu memakai baju Melayu penuh siap dengan samping dan tanjaknya sekali? Mengapa saya tak bubuh sahaja gambar seorang lelaki Melayu memakai baju tuxedo hitam penuh baru nampak macam ahli korperat yang berjaya??? Macam lelaki kat bawah ni??




Bila kita lihat lelaki di atas ni kita dah tahu yang aura Melayu dia dah hilang dan digantikan dengan aura Mat Salleh. Tak percaya cakap aku? Cuba ingat berdasarkan pengalaman korang, bila korang atau member korang pakai baju camni apa yang akan korang kate? Mesti  korang akan sebut Mat Salleh celuplah, perasan hensemle dan macam-macam lagi le yang korang mungkin sebut bila terjumpa ngan spesis-spesis macam ni.....

Berbanding dengan gambar abang Melayu kita tu, kita akan merasa kagum dengan aura yang ada pada abang Melayu kita tadi. Bila kita lihat abang kita ni pakai macam ni kita mesti kata dalam hati "peh memang stylo le abang kita sorang ni. Memang Melayu tulen". Tak pun bila berjumpa dengan bakal mak atau bapak mentua pasti mereka kagum sambil berkata dalam hati "mengapalah aku dah tua? Patutnya aku yang kena kahwin dengan dia ni!!!" Lawak je no.

Sejarah pakaian kita (yakni Baju Melayu) boleh kita lihat semenjak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Malah boleh dikatakan sebelum tertubuhnya Kerajaan Melayu Melaka yakni sejak zaman Kerajaan Melayu Sriwijaya. Tetapi nama baju Melayu ini mula timbul semasa tempoh pemerintahan Sultan Muhammad Shah (1424-1444) apabila baginda menitahkan bahawa "dilarang memakai cara 'atas angin' (Tanah Arab dan China), cara Keling (ini bukan perkauman hanya sekadar memakai bahasa pada masa 1424 masehi.) Kenapa baginda sultan tidak membenarkan rakyatnya memakai   cara Arab sedangkan baginda sendiri seorang Melayu beragama Islam dan seharusnya baginda perlu memakai cara Arab? Ini disebabkan bangsa kita bukan bangsa inferior (lemah, lembik,kuno) sebaliknya bangsa Melayu merupakan bangsa yang unggul, cukup dihormati, disegani dan ditakuti oleh bangsa lain pada masa itu. Bangsa Melayu itu sendiri telah mempunyai ketamadunannya sendiri sehingga mampu mereka pakaian tradisional kaumnya sendiri tanpa perlu menciplak dari bangsa bangsa lain.

Tak percaya apa yang saya tulis?? Baiklah kita lihat beberapa kaum pribumi di negara lain atau yang ada di Malaysia ini.














Jika betul kita tidak mempunyai kemajuan pemikiran dan evolusi kreativiti bagaimana kita boleh mencipta pakaian seperti ini ??







Atau ini???






Kebanyakan bangsa lain terpaksa mengimport atau menciplak pakaian bangsa lain supaya nampak lebih bertamadun. Tetapi kita bangsa Melayu tidak perlu menciplak dari bangsa asing (contohnya Cina, Arab dan India) dalam pembuatan baju kita sendiri. Malahan pakaian tradisional Melayu memang tidak dipengaruhi oleh pengaruh asing. Ada kita pernah tengok bangsa Cina India atau Arab pakai samping tengkolok atau baju Melayu pada masa dulu? Kalau ada mesti diorang dah claim yang kita ni bangsa pendatang yang berasal dari China atau India. 

Akhir kalam, saya berharap semoga pembaca-pembaca Melayu yang membaca catatan ini supaya berbanggalah dengan bangsa kita. Ini disebabkan kita bukan bangsa yang lemah atau bodoh. Kita adalah bangsa yang ada kebudayaan dan ketamadunan sendiri. Tanpanya mungkin kita akan jadi seperti ini.....






Atau ini.......







Okey aku nak mandi dulu pasal aku tak nak jadi cam diorang ni okey. Adios Amigos Babeh!!!!




Tiada ulasan:

Catat Ulasan