Assalamualaikum.
Nama aku Leha (bukan nama sebenar). Aku adalah pelajar SMK Khir Johari Tanjong Malim Perak Darul Ridzuan. Sekarang aku tinggal di asrama kerana peperiksaan STPM sudah bermula di samping aku dapat belajar dengan lebih tenang disebabkan rumah aku ada ramai orang (adik-beradik aku ada 5 orang).
Sebenarnya aku nak ceritakan pengalaman aku beberapa malam lepas. Malam tu aku baru je terbangun dari tidur. Aku pula terasa nak pegi tandas le pulak. Jadi aku pun pergi le ke tandas untuk menunaikan hajat aku.
Semasa aku dalam perjalanan ke tandas, aku terpandang ke luar tingkap. Pada mulanya nampak macam biasa je. Tetiba aku ternampak satu lembaga putih sedang terbang betul-betul di luar tingkap yang sedang aku berdiri tu.
Apa lagi aku pun terasa cuak le!!! Aku terasa aku macam nak pengsan tapi aku berpegang kepada besi tingkap supaya aku tidak pengsan.
Aku pun cuba beranikan diri untuk melihat lembaga putih tersebut. Aku merasa pelik kerana lembaga tersebut hanya terbang sahaja di luar tingkap itu. Jadi aku pun beranikan diri melihat lembaga tersebut.
Bila aku amati betul-betul lembaga tersebut rupanya barulah aku tahu apa yang aku sedang lihat tu. Sebenarnya apa yang aku lihat hanyalah kain langsir tingkap putih sahaja yang berkibar di luar tingkap. Hey menyesal je aku cuak lebih-lebih!!!!
Moral-Leha jangan le takut ngan kain putih tu. Tu cuma kain je.......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan