Dah puas kami merempit di sana, kami pun plan nak pegi merempit dari Behrang Stesen ke Tanjong Malim pulak. Tak puas lagi kami merempit pada malam tu, tu pasal sambung balik kerja merempit ni.
Masa kami lalu kat kawasan Behrang 2020 dekat-dekat dengan Petronas Behrang 2020 ada cahaya pelik sedang memancar kat tengah-tengah jalan.
Oleh kerana kami nampak dari jauh jadi kami pun rasa pelik apa benda tu?
Jadi kami pun pegilah dekat-dekat sikit pasal nak tahu jugak apa benda tu? Kami fikir mungkin hantu lilin kot tengah bermain kat tengah jalan tu.
Bila kami datang dekat sikit kami nampak ada satu bayangan seperti manusia sedang bermain dengan cahaya. Member aku kata lebih baik kalau kita tengok benda tu dengan lebih dekat lagi.
Dengan perasaan ingin tahu yang membuak-buak, kami pun pergi le dangan lebih dekat lagi. Nak tengok hantu punya pasal.
Tiba-tiba benda tu pun menegur,
"Woi,merempit ke tengah-tengah malam ni! Korang ada lesen ke haaa?"
Alamak roadblock polis rupanya!! Menyesal pulak kami termakan ajakan bodoh kawan kami. Last-last kami pun kena saman pasal takde lesen.
Moral- Merempit mendatangkan saman trafik. Lagi2 jika anda tiada lesen.
(Wek, padan muka!!!!!!!)
Adios amigos babeh!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan