Kenapa Tanjong Malim Jarang Keluar Berita???

Selama Aku baca paper@berita jarang betul Tanjong Malim keluar kat dlm berita. Aku kengkadang selalu baca tang Alor Setar le, Jitra le, KL le, tapi Tanjong Malim jarang betul masuk berita. Itupun kalau Tuanku Sultan Perak kita mencemar duli ke majlis kenamaan di UPSI. Lain xde cite. Jadi aku dengan rasa nak bagi orang luar tau dgn lebih mendalam ttg tempat tinggal aku ni jadi lebih baik aku buat inisiatif dengan buat Blog ntah hape hape ntah ni. Selamat melayari Blog ini.

Ahad, 24 April 2011

Cerita Satu Malam Bahagian 5

Assalamualaikum. Nama aku Fadil Rasid (bukan nama sebenar). Aku bekerja sebagai pemandu teksi di Pekan Tanjong Malim. Biasanya aku hanya memandu pada waktu malam sahaja disebabkan perkhidmatan bas di Tanjong Malim hanya beroperasi sehingga jam 7.00 malam sahaja. Kebiasaannya aku mendapat ramai penumpang pada waktu malam terutamanya para pelajar UPSI yang masih tidak mempunyai kenderaan sendiri.




Rumah aku kat Jalan Ketoyong dekat-dekat dengan Tanah Perkuburan Islam Tanjong Malim. Walaupun rumah aku berdekatan ngan kubur tapi tak pulak aku jumpa makhluk halus kat sana.




Namun begitu baru-baru ni aku terdengar ada orang ternampak jelmaan lembaga putih di rumah jiran aku Mat Hashim bersebelahan dengan kawasan perkuburan tersebut. Aku ni jenis tak mudah percaya dengan benda mengarut ni jadi benda ni aku buat tak kisah je le.

Pada satu malam lebih kurang jam 10.30 malam aku terfikir nak balik awal sebab kepala aku tak berapa sihat. Jadi aku pun memandu terus ke rumah le.

Masa aku lalu dekat rumah Mat Hashim ni aku terperasan satu lembaga putih sedang duduk di pangkin rumahnya tetapi dia duduk membelakangkan jalan. Aku pun terasa cuak jugak namun begitu aku pun nak tahu apa bendenya tu.




Aku pun terus memberhentikan kereta dan pergi ke arah lembaga tersebut. Masa aku datang ke arah lembaga tersebut, lembaga itu berdiri dan terus berkata pada aku......

"Eh Fadil apasal ko datang rumah aku malam-malam buta ni? Kenapa kau tak balik terus ke rumah je?"

He'eleh bini si Mat Hashim pakai telekong rupanya!! Buat menyesal aku je keluar dari kereta nak tengok hantu. Cis cis cis!!!!





Moral- Kita kenalah tahu bezakan antara manusia dan hantu.










Tiada ulasan:

Catat Ulasan