Sebenarnya saya cuba untuk menulis perkara yang serius di dalam blog ini. Tetapi bagi saya dalam negara ni ada terlalu banyak blog yang membincangkan perkara yang serius seperti politik, agama, kaum dan perkara-perkara lain yang saya rasa agak serius. Jadi lebih baik saya buat bahan bacaan ringan supaya para pembaca tidak terlalu berfikir banyak tentang sesuatu isu dan pada masa yang sama mereka berasa gembira setelah membaca penulisan ini. Akhir kata sokonglah blog ini.
Mari kita sambung cerita kita.
Raju (bukan nama sebenar) merupakan seorang pemandu teksi di pekan Tanjong Malim. Biasanya dia mengambil penumpang di Stesen Bas Tanjong Malim kerana ramai student UPSI suka naik teksi bila diorang nak balik kampus atau pergi ke pekan Tanjong Malim.
Raju ni tinggal di pekan Kalumpang terletak kira-kira 13 kilometer dari Tanjong Malim. Jadi setiap harilah dia berulang alik ke Tanjong Malim membawa teksi untuk menyara hidup keluarganya.
Pada satu malam dia terpaksa balik lewat kerana pergi lepak bersama dengan rakan sekerjanya. Setelah puas melepak dengan kawannya dia pun balik le ke rumah. Sepanjang dia memandu keretanya, dia merasakan yang dia telah tersesat jalan.
Mana tidaknya jalan ke Kalumpang kebiasaannya tidak banyak lampu tetapi sepanjang dia memandu keretanya jalan yang dilaluinya terang dengan limpahan cahaya tiang lampu elektrik.
Dan yang paling pelik adalah jalan yang dilaluinya terlalu sibuk dengan kenderaan tidak kira lori, motor, kereta dan treler sedangkan pada kebiasaannya jalan ke Kalumpang biasanya lengang pada waktu malam.
Pada mulanya dia berfikir yang mungkin dia telah tiba di alam bunian Kalumpang yang dikatakan hanya memilih orang-orang yang tertentu sahaja yang dapat memasuki alam bunian tersebut. Namun begitu harapannya musnah apabila melihat sekumpulan orang yang memakai baju putih sedang mengawasi lebuhraya tersebut.
Bila dia fikir betul-betul barulah dia sedar yang dia telah masuk ke Lebuhraya Utara Selatan dan yang paling teruk lagi dia sebenarnya memandu dalam keadaan mabuk setelah dia melepak sambil minum dengan kawan sekerjanya. Apalagi lesen kena gantungle dey!!!
Moral-Jangan minum arak semasa atau sebelum memandu. Lagi-lagi kepada Orang Islam, ARAK HARAM DI SISI ISLAM!!!!!!!!!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan