Kenapa Tanjong Malim Jarang Keluar Berita???

Selama Aku baca paper@berita jarang betul Tanjong Malim keluar kat dlm berita. Aku kengkadang selalu baca tang Alor Setar le, Jitra le, KL le, tapi Tanjong Malim jarang betul masuk berita. Itupun kalau Tuanku Sultan Perak kita mencemar duli ke majlis kenamaan di UPSI. Lain xde cite. Jadi aku dengan rasa nak bagi orang luar tau dgn lebih mendalam ttg tempat tinggal aku ni jadi lebih baik aku buat inisiatif dengan buat Blog ntah hape hape ntah ni. Selamat melayari Blog ini.

Khamis, 28 April 2011

Siapa Blogger Tanjong Malim Mari ni???

Oleh Edisi Siasat Versi Tanjong Malim.



Assalamualaikum.

Sebenarnya ramai orang Tanjong Malim tertanya-tanya siapakah blogger laman blog ini?? Mungkin beliau seorang manusia seperti kita atau mungkinkah beliau adalah seorang manusia yang amat misteri sehinggakan kita sendiri tidak menyedari siapakah beliau yang sebenarnya.

Mungkin beliau adalah seorang makhluk asing dari planet Zuhal yang menyamar menjadi penduduk Tanjong Malim yang suka menulis cerita yang merapu untuk membolehkan rakyat Malaysia yang membaca blog ini akan menjadi lalai dan seterusnya mudahlah Tentera Planet Zuhal menakluki Planet Bumi ini....

Jadi untuk memulakan penyiasatan, kami mulakan dengan pengunjung yang suka membaca blog ini. Kami telah pergi ke Zoo Negara untuk menemubual pengunjung setia laman blog ini. 


(Pengunjung setia blog ini Encik Baboon)

Soalan- Siapakah nama encik ni?

Jawapan- Nama saya Encik Baboon.

Soalan- Benar ke encik ni pengunjung setia blog ni?

Jawapan- Benar malah saya sendiri pernah jumpa dengan beliau.

Soalan- Siapa penulis blog ni?

Jawapan- Sebenarnya sayalah yang buat blog tu.

Selepas itu kelihatanlah Encik Baboon cedera parah disebabkan kena belasah oleh tukang interview tadi. Main-main le ngan aku lagi!!!

Kemudian kami pergi ke rumah seseorang ni. 



(Nama dia Encik Miao-Miao)

Soalan- Bilakah encik mula membaca blog ini ?

Jawapan- Saya mula membaca blog ini kira-kira seminggu lepas.

Soalan- Apakah pandangan encik mengenai blog ini ?

Jawapan- Bagi saya blog ni adalah blog yang paling bahalol sekali di Malaysia.

Kemudian tidak berapa lama kemudian kelihatan Encik Miao-Miao sudah sedia ada di dalam longkang rumahnya dalam keadaan cedera parah....

Setelah wartawan kami puas membelasah Encik Miao-Miao kami pergi ke rumah informer terakhir kami untuk mengorek rahsia siapakah penulis blog jahanam tanjongmalimmari tu.

Jadi kami pun berjumpa dengan informer terakhir kami. Nama dia Cik Muka Beruk.




Soalan- Adakah cik merupakan peminat tegar blog ini ?

Jawapan- Ya saya suka mengikuti perkembangan blog ini tiap-tiap hari.

Soalan- Adakah cik kenal dengan penulis blog itu ? 

Jawapan- Ya, saya kenal penulis blog itu. Memang betul-betul kenal le.

Soalan- Bolehkah cik beritahu siapakah peulis blog itu ? 

Jawapan- Boleh saja. Dia adalah Ultraman Taro yang berasal dari Planet Mars.

Selepas itu kelihatan Cik Muka Beruk tertonggeng kerana terkena sepakan lutut maut ala Ong Bak di bahagian mukanya dan khabarnya dia perlu menjalani pembedahan plastik yang amat serius.

Semasa kami sampai ke pejabat rahsi kami, kami dapati ada sampul surat bertulis top secret di sampulnya. 




Jadi kami pun bukalah sampul surat tersebut dan kami dapati ada gambar yang dikatakan gambar sebenar penulis blog ini. Jadi kami tunjukkan gambar ekslusif penulis blog ini.....



(Eh korang tak percaya ke haaa???)

Sekian pendedahan ekslusif dari Edisi Siasat Versi Tanjong Malim. Selamat kena bohong!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan